Thursday, June 11, 2009

Sedih dan Pilu

Our Johor community were shocked by the news of an accident involving our fellow malaysians in Mesir. One of the victims is my brother's friend, also his schoolmate since kindergarden, also my mom's student, also my junior. He used to be our neighbour.

Here is the news we received early this morning. Please read.

Saif Terlibat Dalam Kemalangan di Ain Sokhnah

MESIR - Sahabat kita Mohd Saif Jamaluddin, telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Ain Sokhnah. Seorang daripada 5 telah pulang ke Rahmatullah dan yang 3 lagi dalam keadaan kritikal. Saif telah dilaporkan selamat dan sekarang dalam keadaan stabil. Laporan mengatakan mereka semua dalam perjalanan pulang dari ain sokhnah untuk survey dan membuat tempahan tempat rehlah.

Semua yang terlibat adalah ajk program rehlah gen6 kaherah yang akan diadakan selepas selesai ujian lisan. Pagi sebelum kemalangan, mereka baru selesai ujian bertulis. Dalam perjalanan pulang kereta mereka terbabas dan ada yang tercampak keluar.


Ini info dari website pelajar perubatan mesir malaysia:

Sedikit makluman terkini berkenaan kemalangan yang melibatkan pelajar-pelajar perubatan Universiti Kaherah. Kelima-lima pelajar ini ketika itu sedang dalam perjalanan pulang dari Ain Sokhna. Pelajar-pelajar yang terlibat :

1. Mohamad Saif Bin Jamaluddin (Tahun 2)
-dalam keadaan stabil

2. Abdul Rahman Bin Ramdzan (Tahun 3)
-masih kurang stabil

3. Muhammad Akram Bin Abd Kadir (Tahun 3)
-masih kurang stabil

4. Muhamad Fitri Bin Tokiran (Tahun 3)
-dalam keadaan stabil

5. Muhammad Ammar Bin Zulkifli (Tahun 3)
- telah pulang ke Rahmatullah

Kelima-lima pelajar tersebut telah dihantar terus ke bahagian kecemasan Hospital El-Arab Suez. Setelah itu, Jenazah Ammar akan diambil oleh pihak kedutaan, manakala baki keempat-empat pelajar sedang dipindahkan ke hospital Faransawi, Kasr El Ainy dan insyaAllah tiba di sini pagi ini.

Saya merayu kepada semua para pelajar PERUBATAN, di Kaherah mahupun di semua cawangan-cawangan yang lain, tidak kira di manapun anda berada, buatlah solat hajat dan doakanlah kesejahteraan kepada mereka khususnya kedua-dua pelajar yang masih tidak stabil.

-----------------------------

We have many alumni SMIH (Sek Men Islam Hidayah) currently in Kaherah, Mesir. They have been updating us on this matter since the incident happened. Each news that reach us make us sadder everytime. I just received this email thru our AlumniSMIH yahoogroups.

-----------------------------

Kami baru pulang dari solat jenazah. Alhamdulillah ramai pelajar2 dan pegawai2 yg datang memberikan penghormatan terakhir kepada arwah. Suasana pilu menyelubungi Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah sebelum jenazah tiba untuk disembahyangkan. Jelas terpancar raut kesedihan wajah rakan-rakan Ammar walaupun masing-masing cuba untuk senyum semanis mungkin bila berjumpa. Semua masih sugul dan terkejut untuk menerima kejadian yang menimpa rakan-rakan. Salah seorang mangsa kemalangan, Fitri turut hadir dengan tangan berbalut dan sedikit kesan-kesan luka di leher.

Berita terkini, Abdul Rahman Ramdzan mengalami kecederaan patah tangan dan luka-luka di badan termasuk hampir seluruh bahagian kiri muka (mengikut cerita sahabat2 yg pergi ziarah). Seorang lagi, Mohd Akram masih koma, mengalami pendarahan dalam kepala. Kemungkinan besar pembedahan akan dilakukan esok. Doakan semoga beliau boleh cepat sedar dan sembuh selepas ini, dan tak alami kesan yang major memandangkan kecederaan melibatkan bahagian kepala dan otak. Kemungkinan besar akan beri banyak efek pada sistem saraf dan memori.

Dan tak lupa juga, doakan untuk Saif Jamaluddin. Sekarang ini masih di balai polis di Suez, ditahan untuk soal siasat kerana kemalangan ini dikategorikan sebagai kemalangan maut. Berita tak rasmi kemungkinan kes ini akan dibawa ke peringkat lebih tinggi. Harap semua tak putus untuk terus doakan. Saif masih trauma teruk, dari lepas accident masih tak lalu nak makan. Lebih-lebih lagi dia yang memandu, dua sahabat cedera teruk dan sorang meninggal. Apatah lagi, Ammar menghembuskan nafas-nafas akhir di pangkuan Saif.

InsyaAllah jenazah Ammar akan diterbangkan pulang malam esok.

QadarAllah.. Maa sya'a fa'al. wa maa lam yasha' lam yakun.
Sama-sama bg semangat kat saif. Siapa yang ada nombor dia blh bg sms motivasi untuk dia. Semua kejadian ada hikmah untuk kita belajar. Ujian Allah beri untuk hapuskan dosa, dan tingkatkan martabat manusia..

Allahu a'lam.

Salman Abdul Rahman
Kini di Mesir

----------------------

sedikit penambahan :

akhi akram akan menjalankan pembedahan malam ini (waktu Cairo) kerana menghadapi laceration of the brain..
manakala akhi Abd.Rahman akan menjalani beberapa pembedahan esok di bahagian tangan..
acetabular fracture and some fractures of radius and ulna.(Forearm)

doakan akhuna Saif..masih dibelenggu trauma..
syahidnya sahabat dipangkuan riba.
moga terus diberi semangat..

la yukallifullahu nasfan illa wus aha-

wallahu wa rasuluh a'lam-

Abdullah Azzam
Kini di Mesir
-------------------------

Very grave news indeed. Di doakan Saif diberi kekuatan untuk mengharungi ujian Allah ini. Semoga dia tabah dan dipermudahkan segala urusan. Alfatihah buat saudara kita Ammar.

No comments:

Post a Comment

Did you like that post? Please share your thoughts