Hey semua. Since dah lama tak update, diri sendiri pun terlepas pandang untuk menyumbang kat blog, saya ingat nak buat post sikit. Kite buat muhasabah diri, boleh tak? Boleh eh. What the heck, manusia ni cepat lupa so sekali sekala kene ade tazkirah *wink*
Firman Allah SWT:
Maksudnya:
"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia."
Sebagai seorang manusia yang banyak kelemahan dan kecacatan, kita kene selalu acknowledge yang orang lain pun ade kelemahan mereka sendiri. Kita juga perlu menerima orang lain bersama-sama dengan kelemahan mereka.
Jangan kita paksa seseorang tu berubah, sebab hanya Allah SWT sahaya yang mampu dan berhak mengurniakan Taufiq dan HidayahNya. Dont try to change people based on what we think they should be like. You might end up being despised for it. Let people change because they WANT to change and because of the right reasons.
Namun begitu, seorang muslim itu seharusnya berusaha untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini. Kalau tak, diri sendiri yang rugi.
Cuba tengok zaman sekarang ni. You dont have to go very far, tengok negara kite je. Dah brape jenis penyakit yang ade skrg. Memanglah dunia tgh risau tentang virus Influenza A atau Swine Flu, tp sbnrnya byk lagi penyakit yang melanda bumi Malaysia ni. Allah turunkan bala pada kita ke? Tanda-tanda akhir Qiamat dah terlalu byk kita boleh nampak.
Telah pun disebut bahawa apabila Nabi Isa turun ke bumi, diantara perkara pertama yang akan nabi lakukan adalah membunuh semua khinzir di muka bumi. Maksudnya apa? It means that pigs will become one of the main reasons for diseases in the future. Tak ke dah terjadi dah skrg?
So ape lagi? Takkan kite cuma nak ckp "takutlah", "ish dah nak qiamat ni", "aku tak cukup amal lagi ni" je? Ape guna hanya berkata-kata tanpa amal. Rugilah seorang manusia itu apabila ilmu yang diperolehinya tidak diamalkan. Allah SWT dah tunjukkan pelbagai peringatan, adakah kita nak buat tak tahu je? Jom kawan-kawan, kita start beramal before its too late.
Sememangnya Allah Taala sahajalah yang mampu mengurniakan kesedaran dan membuka hati-hati kita. Selagi ada yang mengingatkan kita, selagi itu lah Allah Taala sayangkan kita. Mereka yang tidak diberi peringatanlah manusia yang paling rugi di muka bumi. Selagi ada yang menegur, selagi ada yang mengingatkan kita padaNya, selagi itulah Allah mahukan kita lebih dekat kepadaNya.
Namun begitu, Allah tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum atau seseorang itu, jika mereka sendiri yang tiada usaha untuk mencari HidayahNya.
Tidak semua perkara yang kita minta daripada Allah itu adalah yang terbaik buat kita. What we want sometimes is not good for us. Kadang-kadang, kita yang salah berdoa. Kita minta pada Allah apa yang kita nak, sedangkan sepatutnya apa yang kita perlu doakan adalah apa yang terbaik buat kita.
And remember, setiap perkara yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya. Dan rancangan Allah adalah sebaik-baik rancangan. When something doesnt go as planned, just remember that He has a bigger and better plan for us. His plan is always better for us.
Semoga hidup kita semua sentiasa di bawah lindungan dan RahmahNya. Perjalanan kita masih jauh, yang pastinya akan berliku dan banyak dugaan. Kerana itulah hakikat kehidupan seorang mu'min, penuh onak dan duri. Jalan yang benar itulah yang banyak rintangan dan ujian. Siratul Mustaqim itulah yang sentiasa membawa kita lebih dekat kepadaNya.
Semoga kita semua tabah mengharungi hidup ini, dengan harapan dan impian untuk mati Syahid bersama para Mujahidin dan Mujahidah. Destinasi kita hanyalah Syurga Allah yang kekal abadi. Ameen.
Wallahu'alam
*Tazkirah buat diriku sendiri dan rakan2 yang lain =)